Thursday 16 February 2012

Tahu Dan Sedar

Bismillah walhamdulillah.
Assalamualaikum. (:
Sahabat-sahabat yang dikasihi (eceh. Skema. Kan?), apa khabar iman semua? Sihat-sihat lagi ke dak? Mudah-mudahan semua sihatlah yek. Kalau tak sihat, bagi supplement kat iman tu.
Eh. Apa dia supplement iman?
Banyak… supplement bagi iman tu, benda-benda sunat la. Solat-solat sunat, berzikir, berfikir, bermuhasabah, mentadabbur al-Quran dan memacam lagi. :)
Alhamdulillah. Boleh ikut? InshaAllah, cuba untuk ikut, cuba untuk buat dan cuba untuk istiqomah. Buat sikit-sikit dan istiqomah. (:

InshaAllah. Entri kali ni, sangatlah ringkas. Sekadar mahu ‘menghentak’ fikiran saya, kamu dan kita semua untuk berfikir dan ‘membasahkan’ hati-hati kita yang selalu sangat kering.

Tahu. Sedar.
Kamu tahu, tapi kamu sedar atau tidak?
Semua tahu, tapi ramai yang belum sedar.
Semua tahu, tapi ramai yang pura-pura tak sedar.
Dan ada juga yang tak tahu, dan sentiasa tidak mahu sedar.
(Eh. Apa ni. Tahu, sedar. Sedar, tahu. Tahu apa? Sedar apa?)

Mari. Mari, saya suka untuk mengajak kita sama-sama melapangkan minda dan berfikir sesuatu. (:
Semoga Allah memahamkan saya. Memahamkan kamu. Memahamkan kita semua.

Meredah onak fikiran.
Tahu akan kewajipan mentaati Allah. Tapi, kita sedar atau tidak akan kenapa kita mesti dan mesti mentaati Allah?
Tahu akan kewajipan solat. Tapi, kita sedar atau tidak akan kesan solat dalam kehidupan kita?
Tahu akan kewajipan menutup aurat. Tapi, kita sedar atau tidak akan amanah kita dalam menjaga tubuh kita?
Tahu akan kewajipan berdakwah. Tapi, kita sedar atau tidak akan perhitungan yang Allah lakukan di akhirat nanti atas apa yang kita telah buat?
Ya. Banyak lagi.
Kita tahu dan kita tahu.
Tapi, sebenarnya, kita sedar ataupun tidak?
Sedar itu sesuatu yang beza. Ianya masuk di dalam hati, menerang di dalam jiwa, menyinar pada iman.
Sedang Tahu itu sekadar menyinggah di hati kemudian ia pergi meninggalkan jiwa dan iman. Jika tidak berdamping dengan ‘Sedar’, maka ‘Tahu’ akan lemah.
Lalu bagaimana?
Bagaimana yang bagaimana?
Itulah yang terjadi pada kita! Kita selalu cuma mahu tahu, dan selalu sangat, kita tidak mahu sedar atau malas-malas mahu sedar.
Allah. Lemahnya kita.

Sedar dan sedar.
Itulah kunci untuk banyak perkara. Nak berhijrah sekalipun, dari kurang baik kepada baik, keSedaran itu yang utama. Jika tidak punya ‘sedar’ dalam diri, memang tak kan mampu untuk berhijrah mahupun keluar dari kepompong kejahilan.
Bilamana kita sedar, kita akan mudah melakukan apa saja kebaikan. Susah atau tidak, kita InshaAllah tidak mengeluh dalam melakukan kebaikan, kita tidak berputus asa bila gagal, kita tidak kecewa bila diuji dan diuji. Kerana apa?
Kerana kita sedar. Allah bagi kita secebis rasa ‘sedar’ akan apa saja yang Allah takdirkan itu bersebab, berhikmah.
Ya. Ramai orang tahu, Allah datangkan dugaan dan ujian kerana ada hikmah disebaliknya. Tapi, sejauh mana sesorang itu sedar akan kenikmatan ujian itu? Sejauh mana seseorang itu yakin seyakin-yakinnya bahawasanya ujian yang Allah turunkan itu tanda Allah sangat sayang?
Benar. Ramai orang tahu tapi dan tapi, ramai juga yang masih menangis kecundang dengan emosi sendiri. Kan?
Ha. Kerana apa kecundang?
Kerana tidak Sedarlah! Kerana rapuh dalam keyakinan! Lembik dalam keteguhan sedar!
Itu!

Sentiasa Tahu. Sedar sentiasa.
Allah. Saya yang menaip juga terasa. Saya yang berkongsi juga merasa. Terkadang, saya juga tahu tapi buat-buat tidak mahu sedar. Atas alasan, selesa dalam keadaan yang sedia ada, tidak mahu beranjak dan tidak mahu berubah.
Selalu saja lemah. Kitalah. Degil. Tidak mahu berubah.
(Allah. Jangan emosi. Mari kembali tenang.)
Sahabat, inilah jalannya. Inilah hakikatnya.
Sesuatu yang indah, sesuatu yang nikmat, pastinya tidak akan mudah.
Begitu juga dengan hal ini. Berubah, berhijrah, melakukan kebaikan.
Ya. Mengorak langkah untuk melakukan kebaikan adalah sesuatu yang bukan mudah malah ia suatu perjuangan.
Memulakan saja sudah perit. Apatah lagi mahu berterusan. Berganda-ganda kesakitannya.
Tapi, ingatlah sahabat-sahabat,
Sungguh. Kenikmatan melakukan kebaikan tidaklah mampu diluahkan. Bilamana kita merasa nikmat melakukan kebaikan, InshaAllah, kita tidak akan mahu untuk berhenti.
Tatkala kita benar-benar ‘Sedar’ akan kelazatan melakukan kebaikan, melakukan apa saja yang Allah suruh, InshaAllah, pada masa itu, kita adalah orang yang sangat bahagia.
Allah. Melakukan kebaikan itu suatu yang membahagiakan jiwa. *Pejam mata dan rasa.*
Dan dengan syarat, kita kena sentiasa Tahu akan wajipnya kita dalam melakukan kebaikan dan kita kena Sedar sentiasa yang Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan.
Sedar sentiasa yang melakukan kebaikan ini tiada hentinya.
Tiada noktahnya.
Allah.

Bersama merasa.
Hati saya dan kamu.
Mari kita satukan kerana Allah.
Mari rasa apa yang saya rasa.
Jangan berhenti merasa. (‘:

Andai saja mampu ku rayu, Aku mahu rayu ini,
“Ya Allah, gagahkanlah diriku dalam terus menerus melakukan kebaikan dan halangilah aku dalam melakukan kejahatan walau sekecil zarah dan marahilah aku jika aku berniat melakukan kemaksiatan.”

No comments:

Post a Comment