Thursday 16 February 2012

Tiada Cinta Sebelum Kahwin

“tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yg merantai diri.
cinta HANYA untuk suami, takkan ku kongsi.
cinta yg bertandang di lubuk hati itu fitrah.Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yg tidak allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah swt memahami fitrah ini dgn mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis :
maksudnya: sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian menjemputnya, maka dia adalah seorang yg syahid. ( rwyt Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain2 )
Aku nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali ku serahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cinta ku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama SUAMI. ini tekadku!
Aku tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu. Saranan doa ajaran Rasulullah saw ku abadikan dlm sjudku :
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami ), dan jadikanlah kami pemimpin orang2 bertakwa..” – surah al-furqan 25:74

No comments:

Post a Comment